Khamis, 17 Februari 2011

Sasar pendapatan RM2,500 sebulan

Antara matlamat utama program tanam semula ialah bagi membolehkan pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2015.
Kaedahnya dengan menggantikan pokok getah tua yang tidak lagi ekonomik kepada klon getah baru atau jenis tanaman yang mampu memberikan pulangan lebih baik dan menguntungkan seperti kelapa sawit, buah-buahan dan spesies balak.
Selepas ditanam, pokok getah tanam semula itu boleh ditoreh dalam tempoh empat tahun setengah dengan sasaran mencapai 2,000 kilogram setiap hektar dalam masa setahun.
Dalam tempoh berkenaan sebelum hasilnya boleh ditoreh, pekebun kecil dibenarkan untuk melakukan aktiviti ekonomi lain yang boleh dilakukan secara integrasi dengan tanam semula itu.
Antaranya:
* Tanaman singkat masa seperti sayur-sayuran, herba dan buah-buahan.
* Ternakan, akuakultur, perusahaan madu lebah dan semaian untuk landskap.
* Perusahaan memproses hasil pertanian, makanan ringan, sos dan minuman.
* Perusahaan yang menggunakan sumber semula jadi tempatan seperti kayu getah, rotan, tanah liat, pasir dan bahan-bahan buangan pertanian.
Selain itu, RISDA pada majlis penerangan itu  juga memberikan taklimat mengenai Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK)
Matlamat utama TPSEPK ialah:
* Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pekebun kecil dan institusi pekebun kecil
* Mewujudkan peluang kepada pekebun kecil menceburi kegiatan ekonomi
* Menyediakan kemudahan dan bantuan kepada pekebun kecil dan keluarga untuk meningkatkan taraf pendidikan
* Memberi bantuan kepada pekebun kecil yang ditimpa bencana dan musibah
Skim TPSEPK merangkumi:
* Pinjaman koperasi
* Pinjaman am
* Pinjaman modal permulaan perniagaan
* Pinjaman pengajian tinggi
* Pinjaman boleh ubah
* Bantuan kemajuan keluarga
* Bantuan pelajaran
* Bantuan orang kelainan upaya (OKU)
* Bantuan bencana alam
* Bantuan prauniversiti
* Biasiswa/Pinjaman Pegawai dan Kakitangan Anak Syarikat
Biasiswa Pengajian Tinggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan