Isnin, 14 Februari 2011

Keindahan alam semulajadi perlu dijaga kata masidi

KOTA KINABALU: Masyarakat perlu menghargai dan menjaga keunikan alam semulajadi yang begitu mengkagumkan termasuk kawasan tanah lembab yang dianugerahkan kepada negeri ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana keindahan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini tidak terdapat di negara lain di dunia.
“Namun disebalik keunikan alam semulajadi yang ada pada kita (Sabah) ini, ada sikap tidak baik di kalangan masyarakat kita yang tidak menjaga kelebihan yang kita miliki ini,” katanya
Masidi berkata, ini termasuk sikap membuang sampah sarap merata tempat, termasuk menjadikan sungai sebagai ‘tong sampah bergerak’ untuk menghanyutkan sisa-sia buangan termasuk najis.
Tegansya, sikap masyarakat kita berbeza dengan masyarakat di negara lain, mereka amat menghargai kelebihan yang ada di negara mereka.
Sebagai contoh katanya, 70 peratus daripada sampah di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu merupakan sampah yang dibuang melalui kenderaan yang bergerak.
“Tabiat buruk membuang sampah merata-rata tempat ini perlu dihentikan kalau kita mahu ingin melihat negeri ini kita ini sentiasa bersih dan alam semulajadi terjaga,” katanya
Sehubungan itu, beliau mahu generasi muda khususnya para pelajar agar sentiasa membudayakan amalan kebersihan dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam pada itu, Masidi berkata. melalui Dasar Pendidikan Alam Sekitar Sabah yang telah dibangunkan melalui kerjasama yang kukuh dengan di kalangan sektor kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta, kerajaan negeri akan meneruskan komitmen dalam menitik beratkan amalan menjaga alam sekitar menerusi pendidikan.

“Apa yang penting sumber alam semulajadi yang kita miliki ini perlu dilindungi dan dijaga dan untuk masa depan ianya juga bergantung terhadap kesungguhan generasi muda kita untuk melindunginya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan