Jumaat, 18 Februari 2011

LIMA KAMPUNG BUAT LAPORAN POLIS

Beginilah kayu balak yang ditebang dari kawasan tadahan air graviti Sungai Kilo yang menjadi tadahan air bersih kepada lima buah kampung


KENINGAU 18 fab: Selepas bosan dengan pelbagai rayuan, akhirnya lima buah kampung yang melibatkan kira-kira 5000 orang penduduk, membuat laporan polis berhubung dengan pencerobohan tadahan air Kampung Kilo Lanas.
Jurucakap penduduk Willis Bin Sandon memberitahu, aktiviti pembalakan oleh sebuah syarikat gergasi di Ulu Sungai Kilo mengakibatkan sumber air bersih penduduk tercemar.
“Air sungai itu telah bertukar menjadi kabut, berselut dan berpasir,” dedahnya kepada wartawan.
Wills memberitahu penduduk melalui satu jawatankuasa bertindak, telah mengadukan pencerobohan itu kepada pihak berkuasa berwajib, namun tidak ada perkembangan positif sehingga hari ini.
Katanya, penduduk juga telah berusaha berulang kali memohon perbincangan dengan pentadbir syarikat berkenaan, namun mereka tidak melayan sebarang permintaan penduduk.
Aktiviti membalak di kawasan Ulu Sungai Kilo bermula pada bulan Oktober tahun lalu, menyaksikan kerosakan teruk terhadap sumber air graviti penduduk tersebut.
Antara kampung yang terjejas daripada pencemaran tersebut ialah – Kg. Kilo, Pinipi, Kuit, Alab dan Lanas Station.
“Keadaan ini memberi tekanan yang kuat kepada penduduk,” tambahnya dan berkata, pengurusan syarikat berkenaan seolah-olah menafikan kepentingan penduduk.
Ulu Sungai Kilo merupakan satu-satunya sumber tadahan air kepada penduduk itu sejak sekian lamanya.
Dalam satu perkembangan yang lain, Wills memberitahu pengurusan syarikat balak berkenaan turut tidak menghormati hak asasi penduduk di kelima-lima buah kampong itu, apabila beberapa buah kuburan nenek moyang mereka turut dimusnahkan.
Penduduk di kelima-lima buah kampung itu didominasi oleh suku kaum Dusun Lobou, yang menetap di kawasan itu sejak lebih daripada dua abad.
Selain meninggalkan pondok melalui proses pindah randah, kaum ini mempercayai jasad nenek moyong yang di semadi di kawasan Tanah Adat (NCR) itu, masih berada di situ, yang membuktikan wujud penempatan suku kaum itu di kawasan itu.
“Sejarah mencatatkan kami berada di sini sejak lebih dua abad, dan di sinilah kami dilahir dan dibesarkan,” jelas Wills.
Beliau mahu supaya masalah pencerobohan itu ditangani dengan segera, dan memohon kerajaan supaya campur tangan untuk menamatkan aktiviti syarikat tersebut dengan serta-merta.
“Penduduk memerlukan air yang bersih,” katanya dan memberitahu, penduduk menjadi mangsa kepada kerakusan pihak tertentu dengan membelakangkan masa depan penduduk.
“Mereka mengaut keuntungan daripada hasil bumi di tempat kelahiran kami, dan selepas itu kembali ke bandar untuk menikmati kesenangan tersebut,” katanya.
Wills mahu majlis dialog diadakan dengan segera, dan menekankan Jabatan Perhuta- nan sepatutnya mengutama- kan nilai kemanusiaan ber- hubung dengan isu tersebut.
“Penduduk akur dan percaya terhadap undang-undang, namun perlu ada pertimbangan secara manusia,” katanya dan menambah, jika manusia yang lain tidak mampu untuk makan pasir, demi- kian juga suku kaum Dusun Lobou di situ.
Penduduk di situ ingin melihat perlaksanaan slogan ‘RAKYAT DIDAHULUKAN', benar- benar menjadi realiti.

1 ulasan:

  1. Alah saudara-saudara dari kg. Pinipi, Kuit, Alab, Kilo, Lanas station buang karan saja kamu buat itu, buat ini, lapor sini lapor sana, rugi saja duit kamu turun ke Keningau, kebiasaannya pembalakan ini dilakukan dan di dalangi oleh mereka yang berkuasa dan orang kaya tapi saya cadangkan kepada saudara-saudara di sana berdoa sahaja kepada tuhan yang berkuasa, laknati lah mereka yang terlibat, musnahkan hidup mereka dan keturunan meraka yang terlibat, mulakan dengan mengatakan tidak kepada calon-calon BN pilihanraya umum ke 13 nanti

    BalasPadam