Jumaat, 11 Mac 2011










As salam readers, tsunami di jepun bergerak dengan kelajuan 700km/h..! 53 negara termasuk Malaysia diberi amaran mengenai tsunami.Ya Allah, lindungilah kami semua dari bahaya ini..amin....
Tsunami dijangka sampai ke Malaysia dan Singapore bermula 6.30 petang ini. Harap semua tidak lepak di tepi pantai. Doakan negara kita selamat. Peliharalah kami Ya Allah!
 






Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud

2011/03/11
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan
menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters

Isnin, 28 Februari 2011

TOLONG PERIHATIN PADA KAWASAN ANDA DATU MASIDI MANJUN DUN KERAJAAN.


  KALI ini saya menyentuh tentang apa yang saya tertanya-tanya sekian lama, sejak saya dari kecil sehingalah ke hari ini tiada perubahan, yang mana di dalam kawasan DUN KARANAAN.

Nama sahaja DUN Karanaan.. Indah pada nama yang diwakili oleh seorang ahli Dewan Undangan Negeri yang aktif iaitu Datuk Haji Masidi Manjun. Beliau memang aktif, bahkan 'kampung orang' pun dah beliau majukan, apa lagi daerah-daerah lain, negeri-negeri lain.. lama beliau majukan.. Syabas kepada Datuk Masidi.. Tapi kan ni la yg kawan nak korek ni, PASAL JALAN RAYA dari simpang RANDAGONG sampailah ke HIMBAAN.. DAN di sepanjang jalan terdapat banyak kampung yang akan dilalui, antaranya KAMPUNG KOSISINGON, KAMPUNG MAUKAB, KAMPUNG KOMBURONGOH, KAMPUNG KARANAAN, KAMPUNG SOYOD, KAMPUNG PAHU.... APA yang korang nampak?? Pasal apa YB ni jadi WAKIL di KARANAAN  TAPI, jalan raya tak layak lagi dipanggil jalan raya.. Sekurang-kurangnya korang atau kita  Eloklah ia dipanggil dengan nama "JALAN UNTUK MENGAMBIL KAYU BALAK" ataupun jalan ke  kebun2, dusun2 durian ka..atau ',.semua kenallah tahu serba sedikit bagaimana rupa JALAN bagaimana  yang diwakili oleh seorang YB yang tinggal DUN KARANAAN di TAHUN 2011 ini.

Baiklah tulisan kali ini bukan bertujuan untuk 'tembak' atau 'baling' mana-mana pihak.. Tapi sekadar nak berkongsi iaitu beberapa hari yang lalu saya memandu di jalan raya dari Kg. Himbaan ke Kg. Rondogung sejauh 15 KM. yang sepatutnya jalan ke kampung-kampung sekarang suda DI TAR atau ASPAL. YA... memang jalan-jalan raya di sabah kita faham juga dimana terdapat bukit bukau, gunung ganang dan jalan raya memerlukan dana yang tinggi, dan kami faham juga memerlukan masa yang lama, tetapi bukankah RMK10 PERUNTUKANYA BANYAK UNTUK SABAH??.. Dalam hati saya bertanya, bukan kah ni kawasan DUN Kampung Karanaan yng menjadi nama bagi salah satu DUN di daerah Ranau dan yang menambah bilangan kerusi UMNO di Sabah?? Kenapa jalan raya ini begitu 'TERUK'?


Sepatutnya jalan raya ini yang menjadi laluan utama orang ramai ke Kg. Karanaan, Kg. Kemburongoh, SMK Kemburongoh, Kg. Sumalang, Kg. Maukab, Kg. Soyod dan sebagainya harus di ASPAL atau di NAIK TARAF.. Ni tidak.. Semakin rosak dari hari ke hari. Kebanyakan sahabat-sahabat yang sentiasa melalui jalan ini setiap hari mengadu kerosakan pada kenderaan mereka.

Dari simpang Rondogung ke KAMPUNG KARANAAN jauhnya 11 KM, Dari KAMPUNG HIMBAAN jauhnya 4 KM.. Orang "BILANG" jalan ni 'jalan DATU masidi'. Tak tau pula kenapa... sama-samalah kita fikirkan..

Apa cerita YB Siringan Gubat? Kenapa batang hidungnya tidak lagi kelihatan selepas PRU yang lalu.. Seingat saya, saya hanya PERNAH melihatnya 'keluar masuk' dari kampung ke kampung semasa kempen pilihanraya yang lalu sahaja. Nah PRU akan datang, tinggal berapa bulan lagi. Tetapi kini dimanakah beliau? Siapa yang dapat menjawab misteri 'kehilangan' wakil rakyat kita di Parlimen ini.?

Sabtu, 26 Februari 2011

Kurang pendedahan punca pelajar, remaja tidak peka ancaman guna internet

  Kurangnya pendedahan bahaya dan ancaman siber di kalangan pelajar dan remaja menyebabkan golongan tersebut tidak peka terhadap ancaman yang wujud dalam penggunaan internet.
  pengetahuan dan kesedaran berkaitan jenayah perlu dipertingkatkan di kalangan pengguna internet sebagai langkah untuk menangani ancaman internet yang semakin berleluasa.
  Kadar jenayah komersial dan bukan komersial yang melibatkan medium internet turut meningkat pada masa kini berikutan pertambahan bilangan pengguna internet dari semasa ke semasa.
  Jenayah ini membabitkan penipuan yang bertujuan untuk memerangkap pengguna yang alpa dan tidak peka terhadap perkembangan semasa kecanggihan alam siber.
  Perlu diingat bahawa ancaman siber masa kini telah membawa kemusnahan membabitkan perniagaan, kerajaan selain infrastruktur kritikal seperti institusi kewangan, industri pengangkutan dan kesihatan.

  perlu dingatkan pengguna internet agar meningkatkan tahap kesedaran mereka dan lebih bersedia menghadapi sebarang ancaman serta bahaya internet dalam era globalisasi.
  Ia bertujuan memberi kesedaran mengenai penggunaan internet yang kini menjadi nadi kepada telekomunikasi di setiap pelusuk dunia tanpa mengira sempadan.

Khamis, 24 Februari 2011

Kenapa kami lari dari rumah?

 KEHILANGAN remaja khususnya yang berusia bawah 18 tahun di negara ini merupakan suatu ‘konflik masyarakat’ yang kini pada tahap merisaukan. Ia perlu dibimbangi semua pihak kerana boleh berlaku kepada mana-mana keluarga.

 Keretakan institusi kekeluargaan sebenarnya merupakan salah satu penyumbang mengapa remaja bawah umur melarikan diri dari rumah.
Masalah seperti ibu atau bapa berkahwin lain di samping tertekan dengan hubungan yang semakin rapuh menyebabkan remaja kini mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah yang menimpa mereka.
Kononnya mahu melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan ketua keluarga. Bagaimanapun, remaja itu sebenarnya tidak menyedari bahawa tindakan mereka melarikan diri dari rumah mengundang kepada permasalahan yang lebih besar.
Antaranya, mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, kekasih atau keluarga angkat baru yang berpotensi untuk terjebak dalam kancah jenayah seperti dadah, sumbang mahram dan rogol.
Bagi kanak-kanak atau remaja perempuan, kebanyakannya berakhir dengan terjerumus dalam aktiviti seks bebas sama ada dengan abang angkat, teman lelaki atau rakan-rakan yang ditemui selepas lari dari rumah.
Semua itu diceritakan sendiri oleh mereka yang pernah lari dari rumah.
Remaja bawah umur yang berjaya diselamatkan itu akhirnya menyesali perbuatan mereka yang melarikan diri dari rumah tanpa berfikir panjang.
Berikut pengakuan tiga remaja yang pernah terlibat dalam kes lari dari rumah, namun tindakan
mereka itu kemudian berakhir dengan keterlanjuran atau menjadi mangsa jenayah.

- KES 1: Lari sebab kecewa bapa berpoligami.
SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun mendakwa tertekan akibat bapanya berpoligami dan menjadi punca dia melarikan diri tiga kali dalam tempoh setahun.
Menurut kanak-kanak dikenali sebagai Rania, rasa malu dan tertekan terhadap tindakan bapanya itu menyebabkan dia memilih jalan yang salah.
“Selepas ayah kahwin sekali lagi dengan seorang janda beranak tiga, saya dan keluarga dicemuh, dihina orang kampung.
“Akibat tidak tahan cemuhan serta kecewa dengan tindakan ayah, saya mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
“Kali pertama lari, saya ke rumah ibu saudara,” jelasnya yang ditemui ahli Kewaja (Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja) ketika merayau-rayau di ibu negara baru-baru ini.
Rania memberitahu, perasaan sedih semakin bertambah setelah keluarganya tidak berusaha mencarinya.
Bagaimanapun, katanya, ibu saudaranya telah menyerahkan semula kepada keluarganya selepas seminggu lari.
“Selang beberapa bulan, saya mengenali seorang abang angkat dan akibat tertekan dengan perubahan sikap ayah yang sudah lama tidak pulang ke rumah, sekali lagi saya lari dari rumah dan mengikut abang angkat saya.
“Akibat termakan pujuk rayu abang angkat yang lebih tua lima tahun, saya telah terlanjur di rumah sewanya dalam tempoh dua bulan saya melarikan diri,” katanya.

- KES 2: Tidak boleh terima hakikat sebagai anak angkat
SEORANG gadis berusia 16 tahun mendakwa dia melarikan diri dari rumah keluarganya sejak berusia 14 tahun selepas mendapat tahu dirinya merupakan anak angkat.
Dikenali sebagai Balkis, dia memberitahu, perkara itu diceritakan ibu angkatnya selepas ibu kandungnya disahkan menghidap penyakit HIV dan meninggal dunia.
“Ibu saya disahkan menghidap HIV selepas dijangkiti daripada ayah yang merupakan seorang penagih dadah tegar.
“Dengan masalah kesempitan wang, ibu kandung menyerahkan saya ketika bayi kepada sebuah keluarga angkat.
“Akibat kecewa status sebenar dirahsiakan selama 14 tahun, saya menjadi semakin liar, bergaul bebas,” ujarnya.
Katanya, dia kemudian lari ke rumah teman lelaki sebelum terlanjur dengannya sehingga disahkan hamil anak luar nikah.
Balkis kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas teman lelakinya menghilangkan diri.
“Bagaimanapun saya kembali kepada perangai asal sejurus keluar dari pusat itu yang dihuni kira-kira dua tahun,” katanya mengakui telah melakukan hubungan seks bebas dengan lebih lima lelaki.

- KES 3: Terpengaruh sikap terbuka ibu
SEORANG remaja berusia 15 tahun mendedahkan sikap ibunya yang terlalu membiarkan dan terbuka terhadap hubungan cintanya telah menyebabkan dia bebas.
Menurut gadis sunti yang ingin dikenali sebagai Siti, kebebasan itu menyebabkannya lari dari rumah selain terjebak dengan seks bebas, rokok, arak dan dadah.
“Ibu terlalu mempercayai teman lelaki saya yang dilihat memiliki personaliti sopan dan latar belakang sekolah agama sejak sekolah rendah.
“Saya mula bercinta sejak masuk sekolah menengah dan ibu sangat terbuka mengenai hubungan kami sehingga saya hanya dibenarkan keluar jika bersama teman lelaki.
“Selepas setahun percintaan dan terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya, saya ponteng sekolah untuk lari ke Johor Bahru,” katanya.
Katanya, di sana, dia tinggal bersama di rumah sewa teman lelaki untuk hidup bebas, keluar ke kelab malam untuk minum arak dan dadah.
“Bagaimanapun saya kembali ke pangkuan keluarga selepas disahkan hamil hasil daripada pergaulan yang bebas dan melakukan hubungan sex dengan teman lelakinya.

Selasa, 22 Februari 2011

DATU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT PEMBOHONG, SUKA BERMUKA-MUKA.

 

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu pandai 'bermuka-muka' apabila cuba menarik perhatian orang Melayu dengan menyatakan parti itu mengutamakan perjuangan kaum pribumi.
   Keadaan ini  jelas kerana Menteri Besar Kelantan tersebut tidak pernah menyesal atau menarik balik kenyataan menghina orang Melayu yang dibuatnya sebelum ini.
  Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu, malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam, perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.
  Dia tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, tidak pernah untuk menarik balik. Tiba-tiba kali ini keluar pula kenyataan bahawa Pas mengutamakan perjuangan untuk orang Melayu, untuk apa kalau bukan menarik sokongan orang Melayu.
  kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.
Abdullah berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO, bukannya terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 Apabila DAP mengganggu-gugat hal ehwal agama Islam di Selangor dan Pulau Pinang, di mana suara Nik Abdul Aziz? Tidak kiralah ia berlaku di negeri lain, sebagai orang yang ada jawatan besar dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam, dia wajib bersuara.
 Kalau begitu cara Pas untuk menegakkan Islam, lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu tetapi jelas selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di negara ini, lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar.
   Sebagai contoh, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di negeri KELANTAN kerana menganggapnya bidaah sedangkan ulama-ulama di seluruh dunia berpendapat ia wajar disambut secara besar-besaran bagi mengingati sirah Rasulullah SAW dan sebagai pengajaran kepada umat Islam hari ini.
  Apakah Nik Abdul Aziz boleh memberikan jaminan bahawa apabila Pas bersama DAP dan PKR memerintah, agama Islam dapat dipertahankan?  Lihat saja di Selangor, Exco DAP boleh mengganggu hal ehwal Islam, di Pulau Pinang sudah ada Exco untuk agama lain.
  Apakah kita lupa kata-kata Karpal Singh tentang hasrat Pas untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini, lebih malang ada pula pemimpin Pas sanggup memberi nyawa mempertahankan Karpal.?
Pada masa akan datang, sekiranya parti pas yang ambil alih kerajaan malaysia, saya  yakin parti itu tidak akan melaksanakan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam, kerana ia telah dibuang ke tepi dan menjadikan kuasa atau kemenangan pada pilihan raya sebagai matlamat utamanya.
 Nik Abdul Aziz sememangnya berbohong apabila mengatakan tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk berdakwah. Pas tidak pernah berdakwah kepada DAP, Pas hanya menjadi pengikut DAP.
 Marilah kita bersama sama menyokong UMNO/BN  yang sekian lama memerintah dan telah banyak kemajuan yang telah TERCAPAI.

Isnin, 21 Februari 2011

Pairin rayu Kementerian Pelajaran beri peluang kepada 578 GSTT di Sabah





21st February, 2011
PENAMPANG: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan merayu Kementerian Pelajaran supaya memberi peluang kepada 578 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang tamat kontrak akhir tahun lalu menyambung semula perkhidmatan mereka dan seterusnya mengikuti latihan perguruan supaya terus kekal dalam perkhidmatan perguruan.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, ini penting memandangkan Sabah masih kekurangan guru.
Katanya, GSTT dari Sabah dan Sarawak seharusnya diberi peluang untuk meneruskan khidmat mereka bagi mengisi kekosongan yang ada di kedua-dua negeri berkenaan dan bukannya menghantar guru dari Semenanjung ke negeri berkenaan.
“Kita perlu membuat beberapa pertanyaan kepada Kementerian Pelajaran kerana kita kurang jelas mengenai perkara ini. Kita hanya mengetahui ada kekurangan guru di negeri ini tetapi masalah itu dapat diatasi dengan melantik guru sandaran sedia ada.
“Kenapa pula guru sandaran yang memang mempunyai ijazah itu dilepaskan?,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Kempen Kesihatan dan Derma Darah di Megalong Mall, Donggongon, di sini, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan kerajaan akan terus menghantar guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak sehingga masalah kekurangan guru mahir di kedua-dua negeri itu dapat diatasi.
Mohd Puad dipetik sebagai berkata pada masa ini kuota untuk pengambilan dari kalangan anak negeri Sabah dan Sarawak belum dipenuhi. Walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan proses temuduga secara terbuka di kedua-dua negeri itu, kuota untuk pengambilan guru anak tempatan masih belum berjaya dipenuhi.
Pairin berkata, masalah kekurangan guru di Sabah dan Sarawak tidak boleh diatasi hanya dengan menghantar guru-guru dari Sememanjung ke negeri berkenaan, sebaliknya guru sandaran dari kedua-dua negeri itu perlu dilatih untuk meneruskan kerjaya mereka.
“Ini bererti peluang untuk anak tempatan untuk mengisi kekosongan yang ada di negeri ini adalah lebih. Kalau tidak bila lagi anak tempatan kita akan dilatih?
“Saya juga ingin bertanya, kalau ada kekurangan guru di sini, kenapa guru-guru dari Sabah dihantar ke Semenanjung? Keadaan ini seperti tidak begitu selaras dan tidak pula menjurus ke arah penyelesaian yang lebih baik,” katanya.
Sehubungan itu Pairin berharap, Kementerian Pelajaran dapat memberikan pertimbangan sewajarnya dalam keadaan di Sabah agar langkah untuk mengisi kekosongan guru di sini berjalan lancar.
“Kita tidak perlu memindah guru lain ke sini kerana kita tahu bahawa ramai diantara mereka yang datang ke sini, kurang selesa dengan keadaan di sini, kerana tidak biasa.
“Biarlah guru-guru sandaran di sini diberi latihan supaya mereka terus menyumbang tenaga dengan penuh semangat bagi memastikan pendidikan kanak-kanak terus meningkat dan mencapai kejayaan,” katanya.
Pairin berkata, pihaknya telahpun menyampaikan hasrat agar GSTT diberi latihan sewajarnya bagi memastikan mereka mempunyai kelayakan untuk terus mengajar di sini.
Pada 20 Januari lepas, seramai 578 GSTT di Sabah yang tamat kontrak akhir tahun lalu mengharapkan Kementerian Pelajaran menyambung semula perkhidmatan mereka seperti dijanjikan.
Pengerusi Jawatankuasa GSTT Sabah, Norman Lantayan, berkata awal bulan lalu, Timbalan Menteri Pelajaran memberi jaminan kementerian tidak memberhentikan sebahagian daripada 12,000 guru terbabit yang tamat kontrak, tahun lalu.
“Bagaimanapun, sehingga kini kami belum menerima surat tawaran sambungan kontrak perkhidmatan yang menyebabkan ada sekolah kekurangan guru sehingga 19 orang,” katanya.

kisah sebenar yang mungkin kita belum ketahui

kali ini saya nak berkongsi pula cerita sebenar di sebalik kematian pelakon lagenda dari HONG KONG yang pertama dari asia menembusi pasaran barat dalam per-fileman..

Sebenarnya Bruce Lee bukan mati disebabkan Dzulkarnain dari indonesia, tetapi disebabkan Mahaguru Almarhum Dato Meor Abdul Rahman. (ADMAR) semasa berada di airport Singapura. Tahun 1973

Bruce Lee menemui ADMAR untuk mengajak anak gayong berlakon ...di dalam filem terbarunya. tetapi ADMAR menolak kerana semestinya gayong akan ditewaskan pleh kungfu di dalam filem tersebut dan ini boleh menjatuhkan nama baik dan maruah gayong.

Apa yang ayah tahu,ADMAR tolak tawaran tersebut. Bruce Lee tanya pada ADMAR bagaimana. ADMAR jawab biar anak silatnya dan anak buah Bruce Lee untuk real fight. Tapi Bruce Lee angkuh nak tengok gaya dan langkah gayong dari ADMAR sendiri dan dia offer diri untuk jumpa ADMAR.

ADMAR tolak pelawaan Bruce Lee sebanyak 2 kali, kali ke-3 dipelawa ADMAR terus terima kerana bagi orang silat pantang kena kali ketiga ni,Kira orang jual kita beli. Macam tulah ADMAR beli apa yang Bruce Lee jual

Bruce Lee banyak gunakan kaki dia, serang ADMAR tapi semua ADMAR elak, sampai satu masa ADMAR terus gunakan pukulan tahap tertinggi dalam ilmu silat yakni 'kipas senandung dalam senandung' di rusuk Bruce Lee

Rebah mengulupurlah si Bruce Lee ni, kerana kesian ADMAR berikan air penawarnya. Akibat tak puas hati kalah dengan ilmu silat, Bruce Lee nak cuba lagi tapi bukan lawan ADMAR. Dia pergi ke Indoneesia dan dengar Dzulkarnain cukup handal dalam silat.

Bruce Lee terus cabar Dzulkarnain. Berita kekalahan Bruce Lee memang sudah diketahui oleh ramai mahuguru pertahankan diri termasuk Dzulkarnain sendiri.Time tu Bruce Lee dah sakit dah akibat ADMAR. Time lawan,Bruce Lee serang Dzulkarnain tapi semua dielak.Sampai satu masa, Dzulkarnain tumbuk betul pada tapak kaki Bruce Lee. Rebah lah lagenda kungfu tu.

Bruce Lee makin sakit akibat kena penangan silat. Dan akhirnya mati. Dzulkarnain juga membuat penjelasan dan mengakui ADMAR lah yang men'cedera'kan Bruce Lee sampai 'GO'

Dicerita sendiri oleh Dato Diraja Cikgu Abdul Majid Mat Isa

Jumaat, 18 Februari 2011

Penduduk minta naik taraf jalan ke Kiulu dipercepat.

Seorang penduduk di Kampung wasai Kiulu Tamparuli meminta pihak berkenaan agar mempercepatkan kerja menaiktaraf jalan yang menuju ke kampung mereka.
Pengadu memaklumkan kepada ActionLine bahawa kerosakan jalan tersebut amat membebankan kepada mereka yang menggunakan jalan itu. “Jika kenderaan pacuan empat roda mengalami kesukaran untuk melalui jalan tersebut, apatah lagi dengan kenderaan kecil seperti Perodua Kancil. Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila tiba musim hujan,” katanya.
Pengadu menambah bahawa setiap kali hendak turun ke pekan, dia terpaksa membawa sepasang lagi pakaian kerana kadang-kala kenderaannya tersangkut di jalan tersebut.
“Bayangkan, belum sampai ke pekan, pakaian yang dipakai sudah dipenuhi lumpur akibat menolak kenderaan yang tersangkut itu,” katanya.
“Penduduk kampung juga pernah sebulat-suara menyewa sebuah jentolak bagi tujuan meratakan jalan tersebut dengan duit sendiri. Kos tersebut memcecah sehingga ribuan ringgit namun kesannya hanya untuk sementara waktu sahaja kerana ketika hujan, jalan tersebut kembali rosak,” tambah pengadu tersebut.
Aduan yang dikemukan kepada Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan berkenaan juga tidak pernah dilayan. Malahan, menurut pengadu wakil rakyat di kawasan mereka juga memberikan pelbagai alasan ketika aduan tersebut diajukan kepadanya. “Cukuplah jika jalan tersebut hanya ditabur dengan batu kelikir. Sekurang-kurangnya ia tidaklah teruk seperti sekarang,” jelas pengadu berkenaan.
Majlis Daerah Tuaran Ketika dihubungi ActionLine memaklumkan bahawa pegawai yang berkaitan akan diberitahu mengenai masalah tersebut dan kerja pembaikan jalan akan dilakukan secepat mungkin setelah pemeriksaan dilakukan.
Manakala Pegawai Pembangunan Masayarakat Kiulu, Kumin Geppei berkata pihaknya akan menyiasat mengenai aduan tersebut terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dapat diambil.
“Mengenai aduan mereka yang dikatakan tidak pernah dilayan, saya meminta agar Pengerusi JKKK kampung tersebut atau pengadu sendiri untuk datang ke pejabat kami dengan membawa salinan surat aduan yang pernah dihantar serta gambar kerosakan jalan yang dimaksudkan.” Jelasnya.

LIMA KAMPUNG BUAT LAPORAN POLIS

Beginilah kayu balak yang ditebang dari kawasan tadahan air graviti Sungai Kilo yang menjadi tadahan air bersih kepada lima buah kampung


KENINGAU 18 fab: Selepas bosan dengan pelbagai rayuan, akhirnya lima buah kampung yang melibatkan kira-kira 5000 orang penduduk, membuat laporan polis berhubung dengan pencerobohan tadahan air Kampung Kilo Lanas.
Jurucakap penduduk Willis Bin Sandon memberitahu, aktiviti pembalakan oleh sebuah syarikat gergasi di Ulu Sungai Kilo mengakibatkan sumber air bersih penduduk tercemar.
“Air sungai itu telah bertukar menjadi kabut, berselut dan berpasir,” dedahnya kepada wartawan.
Wills memberitahu penduduk melalui satu jawatankuasa bertindak, telah mengadukan pencerobohan itu kepada pihak berkuasa berwajib, namun tidak ada perkembangan positif sehingga hari ini.
Katanya, penduduk juga telah berusaha berulang kali memohon perbincangan dengan pentadbir syarikat berkenaan, namun mereka tidak melayan sebarang permintaan penduduk.
Aktiviti membalak di kawasan Ulu Sungai Kilo bermula pada bulan Oktober tahun lalu, menyaksikan kerosakan teruk terhadap sumber air graviti penduduk tersebut.
Antara kampung yang terjejas daripada pencemaran tersebut ialah – Kg. Kilo, Pinipi, Kuit, Alab dan Lanas Station.
“Keadaan ini memberi tekanan yang kuat kepada penduduk,” tambahnya dan berkata, pengurusan syarikat berkenaan seolah-olah menafikan kepentingan penduduk.
Ulu Sungai Kilo merupakan satu-satunya sumber tadahan air kepada penduduk itu sejak sekian lamanya.
Dalam satu perkembangan yang lain, Wills memberitahu pengurusan syarikat balak berkenaan turut tidak menghormati hak asasi penduduk di kelima-lima buah kampong itu, apabila beberapa buah kuburan nenek moyang mereka turut dimusnahkan.
Penduduk di kelima-lima buah kampung itu didominasi oleh suku kaum Dusun Lobou, yang menetap di kawasan itu sejak lebih daripada dua abad.
Selain meninggalkan pondok melalui proses pindah randah, kaum ini mempercayai jasad nenek moyong yang di semadi di kawasan Tanah Adat (NCR) itu, masih berada di situ, yang membuktikan wujud penempatan suku kaum itu di kawasan itu.
“Sejarah mencatatkan kami berada di sini sejak lebih dua abad, dan di sinilah kami dilahir dan dibesarkan,” jelas Wills.
Beliau mahu supaya masalah pencerobohan itu ditangani dengan segera, dan memohon kerajaan supaya campur tangan untuk menamatkan aktiviti syarikat tersebut dengan serta-merta.
“Penduduk memerlukan air yang bersih,” katanya dan memberitahu, penduduk menjadi mangsa kepada kerakusan pihak tertentu dengan membelakangkan masa depan penduduk.
“Mereka mengaut keuntungan daripada hasil bumi di tempat kelahiran kami, dan selepas itu kembali ke bandar untuk menikmati kesenangan tersebut,” katanya.
Wills mahu majlis dialog diadakan dengan segera, dan menekankan Jabatan Perhuta- nan sepatutnya mengutama- kan nilai kemanusiaan ber- hubung dengan isu tersebut.
“Penduduk akur dan percaya terhadap undang-undang, namun perlu ada pertimbangan secara manusia,” katanya dan menambah, jika manusia yang lain tidak mampu untuk makan pasir, demi- kian juga suku kaum Dusun Lobou di situ.
Penduduk di situ ingin melihat perlaksanaan slogan ‘RAKYAT DIDAHULUKAN', benar- benar menjadi realiti.

Guan Eng tidak harus perlekeh BN

KENYATAAN Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak harus memperlekehkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini sedangkan beliau sendiri mentadbir negeri yang telah dimajukan oleh BN.
kenyataan yang dikeluarkan Lim sebelum ini hanyalah berbaur politik dan sekadar meraih simpati rakyat Sabah.
  Kerajaan BN sudah terbukti berjaya merubah wajah pembangunan di negeri kita. Hari ini kita merasai pelbagai nikmat yang dibawa oleh BN.
Sebagai contoh jelasnya, pelbagai bantuan disalur kepada rakyat setiap tahun, selain kerajaan turut melaksanakan pelbagai agenda pembangunan infrastruktur dan ekonomi rakyat.
   kita rakyat malaysia khusunya di sabah ini seharusnya menolak kenyataan Lim yang menyeru rakyat Sabah supaya membuka minda merubah kehidupan mereka dengan menyokong Pakatan Rakyat, adalah hanya sia-sia, rakyat sabah sekarang bukan lagi macam zaman pemerintahan jepun, kini rakyat sabah pandai menilai dengan bijak. untuk pengetahuan lim guan eng, rakyat sabah sentiasa bersatu hati dan setia dibawah kerajaan yang sedia ada terutamanya di bawah kerajaan BN.-suara mereka

Khamis, 17 Februari 2011

Sasar pendapatan RM2,500 sebulan

Antara matlamat utama program tanam semula ialah bagi membolehkan pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2015.
Kaedahnya dengan menggantikan pokok getah tua yang tidak lagi ekonomik kepada klon getah baru atau jenis tanaman yang mampu memberikan pulangan lebih baik dan menguntungkan seperti kelapa sawit, buah-buahan dan spesies balak.
Selepas ditanam, pokok getah tanam semula itu boleh ditoreh dalam tempoh empat tahun setengah dengan sasaran mencapai 2,000 kilogram setiap hektar dalam masa setahun.
Dalam tempoh berkenaan sebelum hasilnya boleh ditoreh, pekebun kecil dibenarkan untuk melakukan aktiviti ekonomi lain yang boleh dilakukan secara integrasi dengan tanam semula itu.
Antaranya:
* Tanaman singkat masa seperti sayur-sayuran, herba dan buah-buahan.
* Ternakan, akuakultur, perusahaan madu lebah dan semaian untuk landskap.
* Perusahaan memproses hasil pertanian, makanan ringan, sos dan minuman.
* Perusahaan yang menggunakan sumber semula jadi tempatan seperti kayu getah, rotan, tanah liat, pasir dan bahan-bahan buangan pertanian.
Selain itu, RISDA pada majlis penerangan itu  juga memberikan taklimat mengenai Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK)
Matlamat utama TPSEPK ialah:
* Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pekebun kecil dan institusi pekebun kecil
* Mewujudkan peluang kepada pekebun kecil menceburi kegiatan ekonomi
* Menyediakan kemudahan dan bantuan kepada pekebun kecil dan keluarga untuk meningkatkan taraf pendidikan
* Memberi bantuan kepada pekebun kecil yang ditimpa bencana dan musibah
Skim TPSEPK merangkumi:
* Pinjaman koperasi
* Pinjaman am
* Pinjaman modal permulaan perniagaan
* Pinjaman pengajian tinggi
* Pinjaman boleh ubah
* Bantuan kemajuan keluarga
* Bantuan pelajaran
* Bantuan orang kelainan upaya (OKU)
* Bantuan bencana alam
* Bantuan prauniversiti
* Biasiswa/Pinjaman Pegawai dan Kakitangan Anak Syarikat
Biasiswa Pengajian Tinggi

Mamu Penang lempaq bunga ros hitam kepada Guan Eng !


Guan Eng dapat lagi hadiah  free dari rakyat Pulau Pinang ....kali ini dihadiahkan 12 kuntum bunga ros hitam daripada NGO Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia .

Memang sempoii la mamu Penang ini !

Ini baru idea kreatif bukan seperti idea kreatif dalam risalah rasis My Balik Pulau .  Bunga Ros selalunya merah tetapi kini hitam pulak ... depa kata  sebagai simbolik suruh berundur daripada tampuk pemerintahan kerajaan negeri serta memberikan penjelasan berhubung isu penerbitan risalah My Balik Pulau.

Elok la hang berambus balik Melaka ... kami orang Melayu di PP ( kecuali Melayu PAS-PKR ) semua sudah naik meluat dengan gaya pemerintahan yang selalu cetuskan isu perkauman .. tak habis2 tuduh UMNO rasis .. Hang tu yang rasis sebenar !

Risalah My Balik Pulau jadi hangat & panas ini semua kerana Guan Eng la . Dia kalau ambil tindakan dari awal dengan menyiasat risalah ketika YB Farid mendedahkan perkara ini .. sudah tak jadi kecoh macam ini .  Dia pun mengaku logo kerajaan negeri disalahgunakan tetapi mengapa pulak tak berani ambil tindakan ?




PULAU PINANG 17 Feb. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dihadiahkan 12 kuntum bunga ros hitam daripada Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), di bangunan Komtar, di sini hari ini.

Pemberian bunga tersebut adalah sebagai simbolik mendesak agar Guan Eng berundur daripada tampuk pemerintahan kerajaan negeri serta memberikan penjelasan berhubung isu penerbitan risalah My Balik Pulau.

Bagaimanapun hadiah tersebut hanya dapat diserahkan kepada wakil Ketua Menteri selepas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu dikatakan tiada di pejabat.

Pengerusi PSAMPP, Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, jika benar kerajaan negeri sebelum ini (Barisan Nasional) yang melakukan kesilapan berhubung kandungan risalah tersebut, Guan Eng sepatutnya bertanggungjawab memperbetulkan keadaan dan bukan meneruskan penerbitannya.

"Guan Eng telah menafikan penglibatan kerajaannya dalam penerbitan risalah itu dan menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah membenarkan penggunaan logo berkenaan.

"Sepatutnya Guan Eng menyiasat serta mendakwa penerbit kerana menggunakan logo milik kerajaan negeri tanpa kebenaran. Sebaliknya, dia mahu menyaman orang yang mempersoalkan kebenaran isi kandungan Balik Pulau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.- minda jinga

Wajah-wajah bilionair Malaysia

Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.
Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.
"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.
Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.
"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.
Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

Rabu, 16 Februari 2011

KOMPLEKS Sukan Ranau masih belum dilengkapi dengan kemudahan asas

KOMPLEKS Sukan Ranau masih belum dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik persalinan, gimnasium, bekalan elektrik dan jalan raya.

   HARI  ini presiden KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOM) melawat  dan melihat sendiri kemudahan-kemudahan asas yang menjadi tanda tanya kepada atlit-atlit yang menjalankan latihan sebelum menghadapi sukan SEA2011 yang di adakan di jakarta indonesia november ini.
   KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan mencari alternatif baru sekiranya Kompleks Sukan Ranau gagal memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) pada April ini.
Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pada masa yang sama pihaknya telah meminta Persatuan Olahraga Amatur Sabah membantu menyelesaikan isu itu dengan Majlis Daerah Ranau.
   Kita tidak boleh membiarkan atlet olahraga menangguhkan latihan mereka terlalu lama,
 Ini kerana, banyak pihak meletakkan harapan tinggi untuk atlet negara membawa balik pingat emas pada temasya itu nanti," katanya kepada pemberita di Ranau, Sabah semalam.
Turut mengikuti lawatan itu adalah Presiden Olahraga Amatur Sabah, Paiman Abdul Karim, ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed dan beberapa atlet seperti Siti Zubaidah Adabi, Mohd Noor Imran serta Rayzam Shah.
   Dalam pada itu, Shahidan yang ditemui selepas meninjau kompleks itu berkata, kumpulan pertama membabitkan enam atlet berjalan kaki akan memulakan latihan mereka di kompleks itu esok.
Menurut beliau, KOAM akan pastikan kompleks ini mempunyai bilik persalinan serta kemudahan gimnasium sebelum kesemua atlet olahraga tiba.
Shahidan juga berkata, sesi latihan di kompleks itu hanyalah untuk jangka pendek iaitu antara dua hingga tiga bulan sebagai persiapan atlet menghadapi kejohanan di luar negara.
   Cuaca dingin di sini akan memberi kelebihan kepada atlet kita berlatih dengan lebih lama berbanding biasa walaupun pada waktu tengah hari. Saya harap dengan kelebihan tersebut atlet mampu meningkatkan keupayaan masing-masing bagi memperbaiki pencapaian mereka," katanya.
Sebelum ini, KOAM mengambil keputusan menjadikan kompleks itu sebagai lokasi latihan persiapan 15 atlet yang akan menyertai Sukan SEA 2011 nanti.
   Bagaimanapun, media melaporkan, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Mahmood Kalong sebagai berkata, kompleks itu tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan jalan raya selain tidak mempunyai gimnasium.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas di venue latihan atlet olahraga itu.
 


Isnin, 14 Februari 2011

Keindahan alam semulajadi perlu dijaga kata masidi

KOTA KINABALU: Masyarakat perlu menghargai dan menjaga keunikan alam semulajadi yang begitu mengkagumkan termasuk kawasan tanah lembab yang dianugerahkan kepada negeri ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana keindahan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini tidak terdapat di negara lain di dunia.
“Namun disebalik keunikan alam semulajadi yang ada pada kita (Sabah) ini, ada sikap tidak baik di kalangan masyarakat kita yang tidak menjaga kelebihan yang kita miliki ini,” katanya
Masidi berkata, ini termasuk sikap membuang sampah sarap merata tempat, termasuk menjadikan sungai sebagai ‘tong sampah bergerak’ untuk menghanyutkan sisa-sia buangan termasuk najis.
Tegansya, sikap masyarakat kita berbeza dengan masyarakat di negara lain, mereka amat menghargai kelebihan yang ada di negara mereka.
Sebagai contoh katanya, 70 peratus daripada sampah di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu merupakan sampah yang dibuang melalui kenderaan yang bergerak.
“Tabiat buruk membuang sampah merata-rata tempat ini perlu dihentikan kalau kita mahu ingin melihat negeri ini kita ini sentiasa bersih dan alam semulajadi terjaga,” katanya
Sehubungan itu, beliau mahu generasi muda khususnya para pelajar agar sentiasa membudayakan amalan kebersihan dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam pada itu, Masidi berkata. melalui Dasar Pendidikan Alam Sekitar Sabah yang telah dibangunkan melalui kerjasama yang kukuh dengan di kalangan sektor kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta, kerajaan negeri akan meneruskan komitmen dalam menitik beratkan amalan menjaga alam sekitar menerusi pendidikan.

“Apa yang penting sumber alam semulajadi yang kita miliki ini perlu dilindungi dan dijaga dan untuk masa depan ianya juga bergantung terhadap kesungguhan generasi muda kita untuk melindunginya,” katanya.

SIAPA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT BOLEH KELUARKAN KENYATAAN BEGITU???

  1.  

      seperti yang kita ketahui tuan guru nik aziz nik mat adalah bekas guru agama di sebuah  pondok yang di asaskan oleh beliau sendiri, persoalannya sekarang, adakah nik aziz ni benar-benar guru agama?? setelah kerap kali keluarkan fatwa-fatwa yang memecahbelahkan umat islam di malaysia dan menuduh kafir sekiranya tidak menyokong parti pas.



Kekalkan keunikan hubungan kaum di Sabah, kata Pairin



KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di Sabah terus memelihara hubungan erat sesama mereka demi perpaduan dan kemakmuran negeri kita ini dan negara amnya.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata keunikan hubungan dan toleransi kaum yang sudah sekian lama diamalkan rakyat negeri itu bukan perkara baru malah sering mendapat pengiktirafan pemimpin dan masyarakat luar.
Kita di dunia ini adalah adik beradik yang sebenarnya. Oleh sebab itu, jika kita amalkan sikap sederhana yang boleh mendatangkan kesenangan, kegembiraan dan kerjasama antara satu dengan lain, saya fikir ini adalah satu perkara baik yang harus diamalkan,” katanya.
Pairin, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina PBS Bahagian Tawau.
  Pairin berkata "hubungan kaum yang begitu akrab di Sabah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur yang membantu mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat".
“Hubungan mesra pelbagai kaum ini bukan sahaja perlu dipelihara tetapi mesti diteruskan sampai bila-bila demi kebaikan Malaysia dan generasi akan datang,” katnya.

kita tidak seharusnya terbawa-bawa dengan anasir-anasir dari luar. dan juga isu-isu yang memecah belahkan perpaduan kaum di sabah, sebagai contoh di sekeliling ataupun jiran2 negara kita, isu-isu perkauman masih lagi wujud. marilah kita sama-sama berdoa dan bersyukur semoga aman makmur. katanya,

Pengasas Facebook makan bersila di tepi kedai

California – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.
Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.
“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.
Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.
Zuckerberg menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik di sini dekat dengan pejabatnya.
Dia tinggal bersama kekasihnya, Priscilla Chan, 26, yang merupakan pelajar jurusan perubatan.
Zuckerberg turut memandu sebuah kereta Honda berusia lima tahun walaupun dia merupakan antara orang yang paling kaya di dunia.
Pengasas Facebook itu menjadi bilionair termuda semasa dia berumur 23 tahun.

Ahad, 13 Februari 2011

Hishammuddin tolak Suruhanjaya Diraja bincang masalah imigran di sabah

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan masalah imigran di Sabah.

Katanya, cadangan penubuhan suruhanjaya sebagaimana yang disuarakan oleh Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok itu tidak akan membawa sebarang penyelesaian terhadap permasalahan imigresen di Sabah. Suruhanjaya Diraja tidak akan membawa kita ke mana-mana kerana kita mahu penyelesaian...kita mahu sesuatu yang praktikal yang boleh diselesaikan, suatu imbangan antara ekonomi dan syarat keselamatan," katanya di sini.

Hishammuddin, yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Semberong di Kahang, hari ini.

Katanya, kerajaan menubuhkan sebuah makmal bagi mengkaji permasalahan imigran di Sabah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Makmal terbabit, katanya, mengemukakan cadangannya kepada Kabinet Sabah dan kini sedang menunggu reaksi balas daripada pemimpin-pemimpin negeri itu.

"Jikalau dapati cadangan (oleh makmal) itu adalah kukuh maka sokongnya. Sekiranya cadangan itu tidak sebaik mungkin maka cadang sesuatu yang lain," katanya.
Mengenai dakwaan seorang ahli perniagaan yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Sabah yang diisytiharkan sebagai pemerintah di wilayah Sulu di selatan Filipina, Hishammuddin berkata, dakwaan terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah imigran di negeri terbabit.

Katanya, terdapat tiga laporan polis dibuat terhadap ahli perniagaan itu dan siasatan sudah dimulakan. 

simpanan minyak mentah terbesar malaysia ditemui di sabah

selalu orang-orang di sebelah semananjung berkata, negeri paling termiskin di malaysia adalah sabah, tetapi adakah mereka tahu selama ini, separuh daripada perbelanjaan mereka untuk pmbangunan di semananjung dapat duit dari mana....? peliknya  PJKKK di sabah,dapat RM200 manakala d Semenanjung dapat RM800.. Tapi Kita ada minyak yang baru di temui,Kita cuma tidak mengetahui pergi mana dan bagaimana pengurusan Minyak kita , Sebab rakyat Sabah memang sudah di takdirkan begini..Kebanyakan rakyat sabah tidak di lahirkan sempurna. Pancaindera yang tidak mencukupi .Kalau cukup pun.. Bagus kita butakan mata kita sahaja , Jahit mulut kita ,sebab kita tidak dapat melihat dan bersuara tentang Hak kita..suara rakyat sabah keseluruhanya tidak dipedulikan, sampai bila harus kita rakyat sabah berdiam diri? kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

SUARA MEREKA: DUSUN KINI PEMASTAUTIN SEMENTARA, BUKAN LAGI ANAK ...

SUARA MEREKA: KAUM DUSUN KINI PEMASTAUTIN SEMENTARA, BUKAN LAGI ANAK ...: " SABAH, kini penduduk peribumi dari kaum DUSUN kini telah menjadi penduduk tetap (myPR) di bumi dendiri. perkara ini siapa yang harus ..."

Pasar Borong Selangor sarang PATI

SERI KEMBANGAN – Lebih 300 pendatang asing yang bekerja di Pasar Borong Selangor di sini lari bertempiaran apabila pasar itu diserbu pihak berkuasa malam semalam.
Bagaimanapun, cubaan mereka untuk melarikan diri gagal apabila kawasan berkenaan sudah dikepung kira-kira 150 penguat kuasa termasuk sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, dalam serbuan pukul 8 malam itu, seramai 119 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk 78 orang daripadanya didapati bekerja secara haram di negara ini.
Katanya, seramai 17 warga Myanmar yang ditahan juga didapati memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) palsu.                                                              

Rakyat Malaysia di Mesir lega

Rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir kini lega kerana peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak kelmarin menamatkan siri demonstrasi penduduk dan keadaan kembali tenang seperti sediakala.
Pelajar tahun lima kursus perubatan Universiti Mansurah, Muhammar Amin Abd. Yasin yang berada di bandar Mansurah berkata, keadaan itu sesuatu yang ditunggu-tunggu selepas 18 hari jalan-jalan raya di bandar utama negara itu sesak dengan demonstrasi.

Sabtu, 12 Februari 2011

JANJI-JANJI POLITIK

pernahkah kamu bertanya pada penduduk yang tinggal di pendalaman terutamanya di negeri kita ini....apa yang mereka inginkan untuk memajukan negeri ini...atau apa yang mereka harapkan daripada kerajaan...??? selalunya cuma musim pilihan raya sahaja para pemimpin atau wakil pemimpin akan sampai ke kawasan pendalaman.jangankan kawasan pendalaman tapi masa itu juga lubang cacing pun akan turut dilawati untuk apa??!! tujuan utama adalah untuk meraih undian! jangan cakap tidak...sebab itulah hakikatnya..masa itu lembut gigi dari lidah bila bercakap,segala janji-janji manis ditabur..mentang-mentangla...orang kampung senang-senang saja dikaburi mata dengan janji-janji manis madu.lepas mengundi....cisSSSS....!!!!jangankan batang hidung tahi mata pun susah nak jumpa...bila wakil penduduk datang minta bantuan..."YB,ada meeting..YB,tiada.." alasan "standard" setiap kali ingin berjumpa...tapi tunggu lah pada hari pilihan raya....orang yang sibuk dikebun pun YB sanggup turun jumpa...terus glamour la konon YB turun padang untuk melihat sendiri keperluan penduduk....PEEERRRGHHHH!!! pandai cover...selama ini?iingat lah...kalau tiada pengundi@penduduk siapa la YB.....jangan la tengok di atas sahaja...tengok2lah di bawah juga..jangan tabur janji banyak2 kalau tidak pasti...sempurnakan la tugas sebagai wakil suara penduduk kita yang semakin di tindas...Fikir2kan dan selamat beramal....

Jumaat, 11 Februari 2011

DUSUN KINI PEMASTAUTIN SEMENTARA, BUKAN LAGI ANAK NEGERI SABAH??


 
SABAH, kini penduduk peribumi dari kaum DUSUN kini telah menjadi penduduk tetap (myPR) di bumi dendiri. perkara ini siapa yang harus dipersalahkan?

Peruntukan awal RM4 juta baik pulih infrastruktur di Sandakan - Pairin

SANDAKAN 11 Feb. - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi membaik pulih pelbagai kerosakan infrastruktur di daerah ini akibat kejadian banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, peruntukan permulaan itu akan digunakan bagi membersihkan sisa runtuhan, membaiki sistem perparitan dan membaikpulih jalan raya.
"Kita amat bersimpati dengan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda daerah ini sehingga meragut nyawa selain melibatkan banyak kerosakan harta benda.
"Jadi, langkah membaik pulih segala kerosakan akan kita laksanakan secepat mungkin demi keselamatan dan keselesaan penduduk," katanya ketika melawat kawasan terlibat tanah runtuh berhampiran bangunan Dato House, di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Datuk John Anthony.
Menurut Pairin, pada masa ini kerja pembersihan sisa runtuhan dan membaiki jalan raya di kawasan itu telah berjalan lancar.
"Berdasarkan tinjauan ini saya melihat kebanyakan jalan raya utama yang sebelum ini dipenuhi dengan sisa runtuhan dan pokok tumbang telah pun dibersihkan dan sudah boleh dilalui," katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak termasuk agensi swasta dan penduduk setempat supaya memberi kerjasama kepada pihak kerajaan bagi membaikpulih kerosakan di daerah ini.
Katanya, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan terperinci dan teratur.
"Sekiranya semua pihak turun padang saya yakin masalah ini akan dapat ditangani dengan cepat dan berkesan," katanya. sumber: utusan