Isnin, 14 Februari 2011

Kekalkan keunikan hubungan kaum di Sabah, kata Pairin



KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di Sabah terus memelihara hubungan erat sesama mereka demi perpaduan dan kemakmuran negeri kita ini dan negara amnya.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata keunikan hubungan dan toleransi kaum yang sudah sekian lama diamalkan rakyat negeri itu bukan perkara baru malah sering mendapat pengiktirafan pemimpin dan masyarakat luar.
Kita di dunia ini adalah adik beradik yang sebenarnya. Oleh sebab itu, jika kita amalkan sikap sederhana yang boleh mendatangkan kesenangan, kegembiraan dan kerjasama antara satu dengan lain, saya fikir ini adalah satu perkara baik yang harus diamalkan,” katanya.
Pairin, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina PBS Bahagian Tawau.
  Pairin berkata "hubungan kaum yang begitu akrab di Sabah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur yang membantu mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat".
“Hubungan mesra pelbagai kaum ini bukan sahaja perlu dipelihara tetapi mesti diteruskan sampai bila-bila demi kebaikan Malaysia dan generasi akan datang,” katnya.

kita tidak seharusnya terbawa-bawa dengan anasir-anasir dari luar. dan juga isu-isu yang memecah belahkan perpaduan kaum di sabah, sebagai contoh di sekeliling ataupun jiran2 negara kita, isu-isu perkauman masih lagi wujud. marilah kita sama-sama berdoa dan bersyukur semoga aman makmur. katanya,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan