PENUNTUT PERLU MENAFAATKAN MASA TERLUANG


KOTA KINABALU 11 Feb. - Penuntut Malaysia yang kembali ke tanah air dari Mesir diingatkan agar menggunakan masa yang terluang untuk mengulang kaji pelajaran.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO negeri, Senator Datuk Armani Mahiruddin berkata, kejadian yang berlaku di negara itu tidak seharusnya memutuskan harapan mereka untuk terus belajar.
"Kita minta apa yang berlaku tidak menjejaskan semangat penuntut Untuk itu, pihak keluarga juga perlu terus memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
"Diharapkan setelah pergolakan di Mesir itu selesai, penuntut kita akan dihantar balik untuk meneruskan pengajian," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini semalam.
Beliau ditemui selepas menyambut penuntut dari Sabah yang merupakan kumpulan keempat yang tiba di tanah air dari Mesir.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran, Pengerusi Kumpulan Yayasan Sabah, Tan Datu Khalil Jamalul dan pemimpin Wanita UMNO negeri.
Rombongan penuntut berkenaan adalah kumpulan yang keempat tiba ke tanah air sejak Ahad lalu.