Jumaat, 11 Mac 2011










As salam readers, tsunami di jepun bergerak dengan kelajuan 700km/h..! 53 negara termasuk Malaysia diberi amaran mengenai tsunami.Ya Allah, lindungilah kami semua dari bahaya ini..amin....
Tsunami dijangka sampai ke Malaysia dan Singapore bermula 6.30 petang ini. Harap semua tidak lepak di tepi pantai. Doakan negara kita selamat. Peliharalah kami Ya Allah!
 






Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud

2011/03/11
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan
menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters

Isnin, 28 Februari 2011

TOLONG PERIHATIN PADA KAWASAN ANDA DATU MASIDI MANJUN DUN KERAJAAN.


  KALI ini saya menyentuh tentang apa yang saya tertanya-tanya sekian lama, sejak saya dari kecil sehingalah ke hari ini tiada perubahan, yang mana di dalam kawasan DUN KARANAAN.

Nama sahaja DUN Karanaan.. Indah pada nama yang diwakili oleh seorang ahli Dewan Undangan Negeri yang aktif iaitu Datuk Haji Masidi Manjun. Beliau memang aktif, bahkan 'kampung orang' pun dah beliau majukan, apa lagi daerah-daerah lain, negeri-negeri lain.. lama beliau majukan.. Syabas kepada Datuk Masidi.. Tapi kan ni la yg kawan nak korek ni, PASAL JALAN RAYA dari simpang RANDAGONG sampailah ke HIMBAAN.. DAN di sepanjang jalan terdapat banyak kampung yang akan dilalui, antaranya KAMPUNG KOSISINGON, KAMPUNG MAUKAB, KAMPUNG KOMBURONGOH, KAMPUNG KARANAAN, KAMPUNG SOYOD, KAMPUNG PAHU.... APA yang korang nampak?? Pasal apa YB ni jadi WAKIL di KARANAAN  TAPI, jalan raya tak layak lagi dipanggil jalan raya.. Sekurang-kurangnya korang atau kita  Eloklah ia dipanggil dengan nama "JALAN UNTUK MENGAMBIL KAYU BALAK" ataupun jalan ke  kebun2, dusun2 durian ka..atau ',.semua kenallah tahu serba sedikit bagaimana rupa JALAN bagaimana  yang diwakili oleh seorang YB yang tinggal DUN KARANAAN di TAHUN 2011 ini.

Baiklah tulisan kali ini bukan bertujuan untuk 'tembak' atau 'baling' mana-mana pihak.. Tapi sekadar nak berkongsi iaitu beberapa hari yang lalu saya memandu di jalan raya dari Kg. Himbaan ke Kg. Rondogung sejauh 15 KM. yang sepatutnya jalan ke kampung-kampung sekarang suda DI TAR atau ASPAL. YA... memang jalan-jalan raya di sabah kita faham juga dimana terdapat bukit bukau, gunung ganang dan jalan raya memerlukan dana yang tinggi, dan kami faham juga memerlukan masa yang lama, tetapi bukankah RMK10 PERUNTUKANYA BANYAK UNTUK SABAH??.. Dalam hati saya bertanya, bukan kah ni kawasan DUN Kampung Karanaan yng menjadi nama bagi salah satu DUN di daerah Ranau dan yang menambah bilangan kerusi UMNO di Sabah?? Kenapa jalan raya ini begitu 'TERUK'?


Sepatutnya jalan raya ini yang menjadi laluan utama orang ramai ke Kg. Karanaan, Kg. Kemburongoh, SMK Kemburongoh, Kg. Sumalang, Kg. Maukab, Kg. Soyod dan sebagainya harus di ASPAL atau di NAIK TARAF.. Ni tidak.. Semakin rosak dari hari ke hari. Kebanyakan sahabat-sahabat yang sentiasa melalui jalan ini setiap hari mengadu kerosakan pada kenderaan mereka.

Dari simpang Rondogung ke KAMPUNG KARANAAN jauhnya 11 KM, Dari KAMPUNG HIMBAAN jauhnya 4 KM.. Orang "BILANG" jalan ni 'jalan DATU masidi'. Tak tau pula kenapa... sama-samalah kita fikirkan..

Apa cerita YB Siringan Gubat? Kenapa batang hidungnya tidak lagi kelihatan selepas PRU yang lalu.. Seingat saya, saya hanya PERNAH melihatnya 'keluar masuk' dari kampung ke kampung semasa kempen pilihanraya yang lalu sahaja. Nah PRU akan datang, tinggal berapa bulan lagi. Tetapi kini dimanakah beliau? Siapa yang dapat menjawab misteri 'kehilangan' wakil rakyat kita di Parlimen ini.?

Sabtu, 26 Februari 2011

Kurang pendedahan punca pelajar, remaja tidak peka ancaman guna internet

  Kurangnya pendedahan bahaya dan ancaman siber di kalangan pelajar dan remaja menyebabkan golongan tersebut tidak peka terhadap ancaman yang wujud dalam penggunaan internet.
  pengetahuan dan kesedaran berkaitan jenayah perlu dipertingkatkan di kalangan pengguna internet sebagai langkah untuk menangani ancaman internet yang semakin berleluasa.
  Kadar jenayah komersial dan bukan komersial yang melibatkan medium internet turut meningkat pada masa kini berikutan pertambahan bilangan pengguna internet dari semasa ke semasa.
  Jenayah ini membabitkan penipuan yang bertujuan untuk memerangkap pengguna yang alpa dan tidak peka terhadap perkembangan semasa kecanggihan alam siber.
  Perlu diingat bahawa ancaman siber masa kini telah membawa kemusnahan membabitkan perniagaan, kerajaan selain infrastruktur kritikal seperti institusi kewangan, industri pengangkutan dan kesihatan.

  perlu dingatkan pengguna internet agar meningkatkan tahap kesedaran mereka dan lebih bersedia menghadapi sebarang ancaman serta bahaya internet dalam era globalisasi.
  Ia bertujuan memberi kesedaran mengenai penggunaan internet yang kini menjadi nadi kepada telekomunikasi di setiap pelusuk dunia tanpa mengira sempadan.

Khamis, 24 Februari 2011

Kenapa kami lari dari rumah?

 KEHILANGAN remaja khususnya yang berusia bawah 18 tahun di negara ini merupakan suatu ‘konflik masyarakat’ yang kini pada tahap merisaukan. Ia perlu dibimbangi semua pihak kerana boleh berlaku kepada mana-mana keluarga.

 Keretakan institusi kekeluargaan sebenarnya merupakan salah satu penyumbang mengapa remaja bawah umur melarikan diri dari rumah.
Masalah seperti ibu atau bapa berkahwin lain di samping tertekan dengan hubungan yang semakin rapuh menyebabkan remaja kini mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah yang menimpa mereka.
Kononnya mahu melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan ketua keluarga. Bagaimanapun, remaja itu sebenarnya tidak menyedari bahawa tindakan mereka melarikan diri dari rumah mengundang kepada permasalahan yang lebih besar.
Antaranya, mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, kekasih atau keluarga angkat baru yang berpotensi untuk terjebak dalam kancah jenayah seperti dadah, sumbang mahram dan rogol.
Bagi kanak-kanak atau remaja perempuan, kebanyakannya berakhir dengan terjerumus dalam aktiviti seks bebas sama ada dengan abang angkat, teman lelaki atau rakan-rakan yang ditemui selepas lari dari rumah.
Semua itu diceritakan sendiri oleh mereka yang pernah lari dari rumah.
Remaja bawah umur yang berjaya diselamatkan itu akhirnya menyesali perbuatan mereka yang melarikan diri dari rumah tanpa berfikir panjang.
Berikut pengakuan tiga remaja yang pernah terlibat dalam kes lari dari rumah, namun tindakan
mereka itu kemudian berakhir dengan keterlanjuran atau menjadi mangsa jenayah.

- KES 1: Lari sebab kecewa bapa berpoligami.
SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun mendakwa tertekan akibat bapanya berpoligami dan menjadi punca dia melarikan diri tiga kali dalam tempoh setahun.
Menurut kanak-kanak dikenali sebagai Rania, rasa malu dan tertekan terhadap tindakan bapanya itu menyebabkan dia memilih jalan yang salah.
“Selepas ayah kahwin sekali lagi dengan seorang janda beranak tiga, saya dan keluarga dicemuh, dihina orang kampung.
“Akibat tidak tahan cemuhan serta kecewa dengan tindakan ayah, saya mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
“Kali pertama lari, saya ke rumah ibu saudara,” jelasnya yang ditemui ahli Kewaja (Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja) ketika merayau-rayau di ibu negara baru-baru ini.
Rania memberitahu, perasaan sedih semakin bertambah setelah keluarganya tidak berusaha mencarinya.
Bagaimanapun, katanya, ibu saudaranya telah menyerahkan semula kepada keluarganya selepas seminggu lari.
“Selang beberapa bulan, saya mengenali seorang abang angkat dan akibat tertekan dengan perubahan sikap ayah yang sudah lama tidak pulang ke rumah, sekali lagi saya lari dari rumah dan mengikut abang angkat saya.
“Akibat termakan pujuk rayu abang angkat yang lebih tua lima tahun, saya telah terlanjur di rumah sewanya dalam tempoh dua bulan saya melarikan diri,” katanya.

- KES 2: Tidak boleh terima hakikat sebagai anak angkat
SEORANG gadis berusia 16 tahun mendakwa dia melarikan diri dari rumah keluarganya sejak berusia 14 tahun selepas mendapat tahu dirinya merupakan anak angkat.
Dikenali sebagai Balkis, dia memberitahu, perkara itu diceritakan ibu angkatnya selepas ibu kandungnya disahkan menghidap penyakit HIV dan meninggal dunia.
“Ibu saya disahkan menghidap HIV selepas dijangkiti daripada ayah yang merupakan seorang penagih dadah tegar.
“Dengan masalah kesempitan wang, ibu kandung menyerahkan saya ketika bayi kepada sebuah keluarga angkat.
“Akibat kecewa status sebenar dirahsiakan selama 14 tahun, saya menjadi semakin liar, bergaul bebas,” ujarnya.
Katanya, dia kemudian lari ke rumah teman lelaki sebelum terlanjur dengannya sehingga disahkan hamil anak luar nikah.
Balkis kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas teman lelakinya menghilangkan diri.
“Bagaimanapun saya kembali kepada perangai asal sejurus keluar dari pusat itu yang dihuni kira-kira dua tahun,” katanya mengakui telah melakukan hubungan seks bebas dengan lebih lima lelaki.

- KES 3: Terpengaruh sikap terbuka ibu
SEORANG remaja berusia 15 tahun mendedahkan sikap ibunya yang terlalu membiarkan dan terbuka terhadap hubungan cintanya telah menyebabkan dia bebas.
Menurut gadis sunti yang ingin dikenali sebagai Siti, kebebasan itu menyebabkannya lari dari rumah selain terjebak dengan seks bebas, rokok, arak dan dadah.
“Ibu terlalu mempercayai teman lelaki saya yang dilihat memiliki personaliti sopan dan latar belakang sekolah agama sejak sekolah rendah.
“Saya mula bercinta sejak masuk sekolah menengah dan ibu sangat terbuka mengenai hubungan kami sehingga saya hanya dibenarkan keluar jika bersama teman lelaki.
“Selepas setahun percintaan dan terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya, saya ponteng sekolah untuk lari ke Johor Bahru,” katanya.
Katanya, di sana, dia tinggal bersama di rumah sewa teman lelaki untuk hidup bebas, keluar ke kelab malam untuk minum arak dan dadah.
“Bagaimanapun saya kembali ke pangkuan keluarga selepas disahkan hamil hasil daripada pergaulan yang bebas dan melakukan hubungan sex dengan teman lelakinya.

Selasa, 22 Februari 2011

DATU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT PEMBOHONG, SUKA BERMUKA-MUKA.

 

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu pandai 'bermuka-muka' apabila cuba menarik perhatian orang Melayu dengan menyatakan parti itu mengutamakan perjuangan kaum pribumi.
   Keadaan ini  jelas kerana Menteri Besar Kelantan tersebut tidak pernah menyesal atau menarik balik kenyataan menghina orang Melayu yang dibuatnya sebelum ini.
  Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu, malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam, perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.
  Dia tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, tidak pernah untuk menarik balik. Tiba-tiba kali ini keluar pula kenyataan bahawa Pas mengutamakan perjuangan untuk orang Melayu, untuk apa kalau bukan menarik sokongan orang Melayu.
  kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.
Abdullah berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO, bukannya terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 Apabila DAP mengganggu-gugat hal ehwal agama Islam di Selangor dan Pulau Pinang, di mana suara Nik Abdul Aziz? Tidak kiralah ia berlaku di negeri lain, sebagai orang yang ada jawatan besar dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam, dia wajib bersuara.
 Kalau begitu cara Pas untuk menegakkan Islam, lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu tetapi jelas selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di negara ini, lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar.
   Sebagai contoh, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di negeri KELANTAN kerana menganggapnya bidaah sedangkan ulama-ulama di seluruh dunia berpendapat ia wajar disambut secara besar-besaran bagi mengingati sirah Rasulullah SAW dan sebagai pengajaran kepada umat Islam hari ini.
  Apakah Nik Abdul Aziz boleh memberikan jaminan bahawa apabila Pas bersama DAP dan PKR memerintah, agama Islam dapat dipertahankan?  Lihat saja di Selangor, Exco DAP boleh mengganggu hal ehwal Islam, di Pulau Pinang sudah ada Exco untuk agama lain.
  Apakah kita lupa kata-kata Karpal Singh tentang hasrat Pas untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini, lebih malang ada pula pemimpin Pas sanggup memberi nyawa mempertahankan Karpal.?
Pada masa akan datang, sekiranya parti pas yang ambil alih kerajaan malaysia, saya  yakin parti itu tidak akan melaksanakan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam, kerana ia telah dibuang ke tepi dan menjadikan kuasa atau kemenangan pada pilihan raya sebagai matlamat utamanya.
 Nik Abdul Aziz sememangnya berbohong apabila mengatakan tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk berdakwah. Pas tidak pernah berdakwah kepada DAP, Pas hanya menjadi pengikut DAP.
 Marilah kita bersama sama menyokong UMNO/BN  yang sekian lama memerintah dan telah banyak kemajuan yang telah TERCAPAI.