Rabu, 16 Februari 2011

KOMPLEKS Sukan Ranau masih belum dilengkapi dengan kemudahan asas

KOMPLEKS Sukan Ranau masih belum dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik persalinan, gimnasium, bekalan elektrik dan jalan raya.

   HARI  ini presiden KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOM) melawat  dan melihat sendiri kemudahan-kemudahan asas yang menjadi tanda tanya kepada atlit-atlit yang menjalankan latihan sebelum menghadapi sukan SEA2011 yang di adakan di jakarta indonesia november ini.
   KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan mencari alternatif baru sekiranya Kompleks Sukan Ranau gagal memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) pada April ini.
Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pada masa yang sama pihaknya telah meminta Persatuan Olahraga Amatur Sabah membantu menyelesaikan isu itu dengan Majlis Daerah Ranau.
   Kita tidak boleh membiarkan atlet olahraga menangguhkan latihan mereka terlalu lama,
 Ini kerana, banyak pihak meletakkan harapan tinggi untuk atlet negara membawa balik pingat emas pada temasya itu nanti," katanya kepada pemberita di Ranau, Sabah semalam.
Turut mengikuti lawatan itu adalah Presiden Olahraga Amatur Sabah, Paiman Abdul Karim, ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed dan beberapa atlet seperti Siti Zubaidah Adabi, Mohd Noor Imran serta Rayzam Shah.
   Dalam pada itu, Shahidan yang ditemui selepas meninjau kompleks itu berkata, kumpulan pertama membabitkan enam atlet berjalan kaki akan memulakan latihan mereka di kompleks itu esok.
Menurut beliau, KOAM akan pastikan kompleks ini mempunyai bilik persalinan serta kemudahan gimnasium sebelum kesemua atlet olahraga tiba.
Shahidan juga berkata, sesi latihan di kompleks itu hanyalah untuk jangka pendek iaitu antara dua hingga tiga bulan sebagai persiapan atlet menghadapi kejohanan di luar negara.
   Cuaca dingin di sini akan memberi kelebihan kepada atlet kita berlatih dengan lebih lama berbanding biasa walaupun pada waktu tengah hari. Saya harap dengan kelebihan tersebut atlet mampu meningkatkan keupayaan masing-masing bagi memperbaiki pencapaian mereka," katanya.
Sebelum ini, KOAM mengambil keputusan menjadikan kompleks itu sebagai lokasi latihan persiapan 15 atlet yang akan menyertai Sukan SEA 2011 nanti.
   Bagaimanapun, media melaporkan, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Mahmood Kalong sebagai berkata, kompleks itu tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan jalan raya selain tidak mempunyai gimnasium.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas di venue latihan atlet olahraga itu.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan